Thursday, December 29, 2011

Bermonolog Dalam Koma





Teringat ku disaat
Indah kita bersama
Gelak tawa menghiasi
Atmosfera bumi

Air mataku mulai
Mengalir deras dipipi
Disaat ku rasa resah
Wajahmu disisi

Ku cuba untuk memeluk dirimu sayang
Ku cuba untuk mengucup bibirmu
Tapi apakan daya ku tak mampu
Untuk bangun semula

Ku kumpul segala kekuatanku
Melawan kesakitan ku ini
Ku cuba
Dan terus mencuba

Jika ini noktah akhirku disini
Ku pasrah dengannya
Insyaallah
Bertemu kita disana nanti..

lirik + lagu = Rudy

Friday, October 7, 2011

Jika





Termenungku disudut itu
kenangan lalu menerjah mindaku
senda gurau tawa menghiasi
cerita cinta kita berdua

Tikala dikau menangis
hampirku kesat air matamu
ku mahu kau tersenyum kembali
ceria seperti warna pelangi

Jika ku pergi dahulu
tinggalkan dirimu dan dunia ini
berjanjilah padaku
teruskan cita dan impian hidupmu

Usahlah kau...
Menangis lagi..

*lagu dan lirik oleh Rudy

Tuesday, September 27, 2011

Dia dan angan-anganku - nota 1

Disuatu penjuru sudut.
Dia datang mencubitku dalam angan-angan.
Lalu membasuh hanyir rindu.
tika jelmanya gelap hari-hari ku.

-1.45 am-

Saturday, September 17, 2011

Aku adalah seorang robot berupa manusia.


Aku adalah seorang robot. Jasadku adalah besi-besi dan keluli yang tahan maki. Darahku adalah nat-nat yang mudah dibuka dan dipasang sesuka hati. Makanan aku adalah arus elektrik yang masuk secara sendiri tanpa tapisan. Sekarang aku adalah robot. Aku telah diprogramkan untuk kepuasan diri manusia. Cip-cip dengki dan tamak buatan manusia ditanam ke dalam otakku. Aku hanya mampu mengikut arahan mereka tanpa rela.

Tapi adakah mereka tahu aku juga punya perasaan cinta dan kasih sayang. Aku juga mahu bebas seperti manusia. Pergi ke mana-mana tanpa larangan. Buat apa yang aku suka tanpa paksaan. Lalu aku menulis sepucuk surat kepada manusia supaya diberikan 24 jam untuk aku hidup bebas. Permohonon aku diluluskan. Jasadku juga telah ditukar kepada jasad seorang pemuda yang telah mati supaya aku mudah mendekati manusia. Dan sekarang aku adalah seorang robot berupa manusia.

Aku terus dicampakkan ke suatu kawasan kampung dipinggir dunia melalui mesin masa. Aku bingkas bangun dan meneruskan langkahku untuk hidup bebas selama 24 jam. Kelihatan suasana kampung itu sungguh harmoni. Aman tanpa peperangan. Bebas dari karbon monoksida yang berlebihan. Penduduknya begitu ramah dan saling tolong menolong. Di satu sudut itu kelihatan seorang pemuda belasan tahun yang sedang menolong seorang pakcik tua melintas jalan. Di satu sudut lagi pula kelihatan sebuah keluarga yang sedang bekejar-kejaran bersama anak mereka di taman permainan. Penuh keceriaan natural.

Dan aku terus mengatur langkah mencari kebebasan.

Ketika aku sedang melintasi sebuah lorong kecil, kelihatan seorang gadis sedang duduk dibawah sepohon pokok besar yang berdekad usia sambil kepalanya tertunduk penuh kesedihan. Pada tangan kirinya kelihatan sekeping gambar yang digenggam erat. Pada genggaman tangan kanannya pula kelihatan cahaya api dari sebatang lilin putih. Disekelilingnya juga kelihatan helaian kertas-kertas bertaburan.

Pelbagai persoalan menerjah fikiranku.

Mengapa? Kenapa?

Aku terus memberanikan diri menyusun langkahku menghampiri si gadis itu dengan pelbagai tanda tanya. Aku sekarang sudah berada dihadapannya. Kepalanya masih tertunduk dan kelihatan titisan air matanya membasahi pipi dan jatuh ke bumi. Dia seolah-olah tidak menghiraukan kehadiran aku dihadapannya.

Lantas aku bersuara.

“Teruskan menangis jika tangisan itu bisa membuat kau tenang”

Tiba-tiba angin kecil bertiup serta merta seperti sebuah bisikan.

Dunia menjadi pegun seketika. Genggaman lilin pada tangan kanan gadis itu tiba-tiba terjatuh. Dia seolah-olah mengenali intonasi suara itu. Lantas si gadis itu mendongak kepalanya. Mukanya berkerut seperti terperanjat melihat aku. Si gadis itu bingkas bangun dan matanya merenung tajam ke arah dasar mataku. “err awak” si gadis itu terus bersuara. “adakah ini sebuah mainan mimpi…adakah Tuhan makburkan rintihan doaku” gadis itu bermonolog.

Dengan tindakan refleksi si gadis itu lantas  memeluk erat tubuhku.

Aku seperti dipukau.

Aku kaku seketika seperti ditekan butang pause pada pemain cakera padat. Lidah aku terus kelu untuk berkata-kata seperti sedang menerima Anugerah Bintang Paling Popular.

Puluhan lagi panahan tanda tanya menusuk kotak fikiranku.

Si gadis itu kelihatan kembali mengukir senyuman dengan air matanya membasahi bahagian dadaku.

“Terima kasih Tuhan!” Jerit gadis itu sambil tangan kanannya mula mengesat air mata yang bergelinangan di bawah kelopak matanya.

Aku seolah-olah seperti di sihir.

Ketika gadis itu sedang memeluk erat tubuhku, aku sempat menjeling melihat kepingan gambar yang dipegang ditangan kiri gadis itu. “lelaki dalam gambar itu…” berbisikku pada hati. “adakah?” “jasad manusia yang aku gunakan ini….?”.

Friday, June 10, 2011

Keliru

Malam….

Sepi….

Disebatang jalan yang usang….

Hanya diterangi cahaya dari sebatang lampu jalan….

Kelihatan seorang lelaki dengan  gitar akustik tuanya sedang berdiri dibawah  pancaran cahaya lampu jalan itu. Wajahnya sugul. Penuh keresahan. Tiada sebarang senyuman terukir. Dihadapannya cuma ada dua arah persimpangan jalan. Hanya satu persimpangan yang perlu dilaluinya. Adakah jalan A? Adakah jalan B?

Tuesday, April 5, 2011

Metafora.

Sepasang manusia. Seorang lelaki. Seorang perempuan. Duduk diatas kerusi yang sama. Satu cerita berkongsi rasa hati.

Tuesday, December 28, 2010

Lagu buat sahabat

Kalian sentiasa dihatiku.


Teman-teman, rakan dan juga sahabat
pengertiannya memberi satu makna
kisah klasik yang tercipta
menjadi kenangan yang terindah

Silaturrahim antara kita
miskin kaya sama sahaja
gelak tawa riang ria
mewarnai kehidupan

Cheriya....

Bersama kita mengejar
cita-cita dan impian
hidup kita

Kita bersama...

Cabaran rintangan halangan
kita tempuhi bersama
rasa indah

Terima kaseh sahabat
untuk segalanya
semoga berjumpa lagi
di lain hari..:)