Saturday, July 31, 2010

Syurga

Semalam anak si R bertanya

"mama, kat syurga kita boleh minta apa-apa tak kat tuhan"

Jawab si ibu

"mintalah apa saja semuanya dapat"

Anaknya berkata lagi

"kalau macam tu Aiman nak masuk syurga lah"

Si ibu terus bertanya

"kat syurga nanti Aiman nak minta apa"

Anaknya dengan wajah penuh ceria pun berkata

"Aiman nak keta kontrol"

Monday, July 26, 2010

Bukanlah boneka

Lagu ini aku mendapat inspirasi daripada apa yang aku lihat, dengar dan rasa disekelilingku. Propaganda, diskriminasi, politik dan gelagat manusia yang berlaku dalam arus permodenan kini kebanyakkannya sudah lari dari landasannya. Halal dan haram sudah tidak lagi menjadi landasan hidup. Bagi mereka kepuasan di waktu muda perlu dikecapi secukup-cukupnya tanpa merujuk pada amar makhruf nahi mungkar yang mana bagi mereka mengongkong kepuasan hidup mereka. Lagu ini aku cuba untuk membuka mata semua supaya jangan mudah terlalu leka dengan arus permodenan. Impian dan cita-cita perlu berlandaskan pada yang SATU.



Kita satu suara
langkah untuk berjaya
jangan mudah kau leka
dengan arus permodenan

Arak itu syaitan punya
janganlah kau cuba
dadah musuh kita
jangan terpedaya

Suap sana sini
dah kenyang kau tak bising
tukar sana sini
duit haram yang kau cari

Diriku hanyalah
manusia biasa
penuh cita-cita

Aku bukanlah boneka
boneka yang kau ciptakan
ku punya hati dan perasaan

Ayuh semua kawanku
berlari dan terus menuju
menggapai apa yang kau mahu

Aku bukan nak perli
tapi ini realiti
ku hanya nak menyampaikan
apa yang ku rasa

nyanyian : Kugiran gula-gula kapas puteh

Saturday, July 24, 2010

Kenangan untuk hari esok.

Kugiran Gula-gula Kapas Puteh


Kali ni aku ingin bercerita sedikit tentang kugiran gula-gula kapas puteh(g2kp). Ianya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kegembiraan dan kepuasan bersama gula-gula kapas puteh amat meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri aku. Dipendekkan cerita, g2kp ditubuhkan pada tahun 2007. Alkisahnya bermula ketika aku menyertai kelab House of Multy Expertise (HOME). Dalam kelab ini terbahagi pada 3 bahagian iaitu graphic art, Nasyid dan Band. Selepas selesai mesyuarat kelab pertama, aku terlihat seorang mamat bertubuh ganjil seperti Joey Ramones. Nama dia Izmanuddin. Nama metal Din. Aku pun borak-borak la dengan dia pasal muzik scene and anything else about music. Maka disitulah hasrat ingin menubuhkan sebuah band.

Pada peringkat permulaan aku agak was-was dengan g2kp. Bukan apa, masing-masing dengan genre kegemaran masing-masing. Jiwa aku amat kuat pada genre Grunge. Manakala Vokalis aku more to punk. Tetapi itu bukan halangan buat kami untuk terus berkarya. Akhirnya kami memilih muzik soft punk + alternative rock + sedikit rasa soda pada muzik g2kp. Kami sering mengadakan persembahan untuk event2 or dinner kolej-kalej lain. Kami juga pernah menyertai gigs di
City Plaza Johor Bahru. Disitu kami memperoleh pengalaman bermain muzik. Suka duka dilalui bersama. Naik turun DSI angkat amplifiers dan music instrument lain sudah menjadi perkara biasa. Semuanya dengan keringat sendiri dan bantuan rakan-rakan yang sentiasa bersama g2kp. Yang paling membanggakan aku, single pertama kami bukanlah boneka berjaya memenangi pentandingan battle of the band sempena konvokesyen UTM yang ke 43.

Sekarang kami sedang berehat sebentar. Masing-masing telah menamatkan pengajian dan mempunyai kerjaya masing-masing. Aku masih terus mengumpul material-material baru sebagai simpanan peribadi dan untuk g2kp. Harapan aku agar suatu hari nanti kami dapat berkumpul semula dan merekod satu demo. Amin...

Tentera-tentera g2kp :

Tukang lalak / gitar kedua : Din a.k.a Joey Ramones

Gitar letrik : Udie

Pemetik tali besar : Paan a.k.a siketam angkasa

Papan Kekunci : malee
Kaki pukul : Panjang, Iman dan Kell (silih berganti)

Tambahan perkusi : Daus, Erwanshah, atip dan shiro


*semua tentera adalah pelajar Universiti Teknologi Malaysia.



Bismillahhirahmanirrahim....

Hari ini hidupku indah seperti biasa. Otak telah berjaya mengarahkan mata membuka kelopaknya. Beberapa belahan cahaya dunia dari celahan-celahan gerigi jendela sedikit demi sedikit menyeroboh masuk ke dalam iris mataku. Aku mula sedar. Kedengaran bunyi kipas syiling mengeluarkan melodi realiti. Saraf-sarafku mula perlahan-lahan aktif beroperasi. Lantas dengan senyuman, aku mencapai telefon bimbitku yang berada disebelah kanan hujung kepalaku. Mesej "selamat pagi sayang" yang hari-hari diterimaku sudah menjadi kemestiaan dalam kehidupanku. Huh, alhamdulillah aku masih lagi dapat melihat dunia. Terima kasih Tuhan masih membekalkan nafas untukku. Syukur nikmat yang tidak terhingga. ALLAHUAKBAR. Akan ku hiasi hidupku dengan pelbagai tona-tona kehidupan.

Tuesday, July 6, 2010

salam dari HATI KUSUT

Salam 1 malaysia? aku ucapkan kepada semua rakyat Malaysia terutama aktivis-aktivis serta pengkarya-pengkarya yang mencari kebebasan di bumi merDAYka ini. Ini adalah 1st entry aku untuk cuba berjinak-jinak dalam dunia penulisan blog yang penuh ?. Karya-karya dari otai blogger terkenal malaysia terutama TOK RIMAU dan DEAN SHAM sering menjadi sumber rujukanku. Mereka hanyalah MANUSIA SEPARUH GILA berkepala BOTAK yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi kontra dari pemikiran seorang manusia normal. Bait-bait ayat dihasilkan mereka mempunyai maksud mendalam.bukan sekadar hanya cakap-cakap kosong. Tetapi ada mesej tersirat yang cuba disampaikan. Sebelum ini apa yang aku rasa aku cuma terjemahkan dalam bentuk lagu.adala beberapa buah lagu yang telah aku hasilkan. Walaupun tak best,tapi layan je la,haha. Teringin juga nak hasilkan ep bersama band sendiri. Tetapi keadaan tidak mengizinkan. Ketika dirumah,menjelang malam aku sering lepak sorang-sorang diluar rumah berbumbungkan bintang bulan smbil bertemankan gitar akustik Yamaha dan KOPI BUATAN MALAYSIA sebagai penyegar mata. Cuma untuk mencari rasa itu. Sekarang,apa yang aku rasa,tersentuh dan terdetik dihati akan cuba diapdatasikan dalam bentuk penulisan blog pula. Bukan ingin meraih perhatian,cuma untuk berkongsi cerita hati. Setiap cerita ada pengajaran tersirat. Setiap masalah mesti ada penyelesaian. Bagi aku kalau tiada kesilapan tidak akan ada perubahan hidup.bukan senang nak jadi senang dan bukan susah untuk jadi susah. Ya,ramai cakap qada dan qadar telah ditetapkan TUHAN. Tetapi kita jangan mudah berserah.kita haruslah berusaha memperbaiki dan mencari kesempurnaan hidup. Setiap usaha perlu diakhiri dengan tawakal. Selagi nyawa belum berpisah dari badan teruslah berusaha menggapai apa yang kau mahu tapi perlu berlandaskan pada yang SATU. Jumpa lagi di entry yang seterusnya. Salam dari HATI KUSUT buat semua.