Saturday, July 31, 2010
Syurga
"mama, kat syurga kita boleh minta apa-apa tak kat tuhan"
Jawab si ibu
"mintalah apa saja semuanya dapat"
Anaknya berkata lagi
"kalau macam tu Aiman nak masuk syurga lah"
Si ibu terus bertanya
"kat syurga nanti Aiman nak minta apa"
Anaknya dengan wajah penuh ceria pun berkata
"Aiman nak keta kontrol"
Monday, July 26, 2010
Bukanlah boneka
Kita satu suara
langkah untuk berjaya
jangan mudah kau leka
dengan arus permodenan
Arak itu syaitan punya
janganlah kau cuba
dadah musuh kita
jangan terpedaya
Suap sana sini
dah kenyang kau tak bising
tukar sana sini
duit haram yang kau cari
Diriku hanyalah
manusia biasa
penuh cita-cita
Aku bukanlah boneka
boneka yang kau ciptakan
ku punya hati dan perasaan
Ayuh semua kawanku
berlari dan terus menuju
menggapai apa yang kau mahu
Aku bukan nak perli
tapi ini realiti
ku hanya nak menyampaikan
apa yang ku rasa
nyanyian : Kugiran gula-gula kapas puteh
Saturday, July 24, 2010
Kugiran Gula-gula Kapas Puteh
Kali ni aku ingin bercerita sedikit tentang kugiran gula-gula kapas puteh(g2kp). Ianya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kegembiraan dan kepuasan bersama gula-gula kapas puteh amat meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri aku. Dipendekkan cerita, g2kp ditubuhkan pada tahun 2007. Alkisahnya bermula ketika aku menyertai kelab House of Multy Expertise (HOME). Dalam kelab ini terbahagi pada 3 bahagian iaitu graphic art, Nasyid dan Band. Selepas selesai mesyuarat kelab pertama, aku terlihat seorang mamat bertubuh ganjil seperti Joey Ramones. Nama dia Izmanuddin. Nama metal Din. Aku pun borak-borak la dengan dia pasal muzik scene and anything else about music. Maka disitulah hasrat ingin menubuhkan sebuah band.
Pada peringkat permulaan aku agak was-was dengan g2kp. Bukan apa, masing-masing dengan genre kegemaran masing-masing. Jiwa aku amat kuat pada genre Grunge. Manakala Vokalis aku more to punk. Tetapi itu bukan halangan buat kami untuk terus berkarya. Akhirnya kami memilih muzik soft punk + alternative rock + sedikit rasa soda pada muzik g2kp. Kami sering mengadakan persembahan untuk event2 or dinner kolej-kalej lain. Kami juga pernah menyertai gigs di City Plaza Johor Bahru. Disitu kami memperoleh pengalaman bermain muzik. Suka duka dilalui bersama. Naik turun DSI angkat amplifiers dan music instrument lain sudah menjadi perkara biasa. Semuanya dengan keringat sendiri dan bantuan rakan-rakan yang sentiasa bersama g2kp. Yang paling membanggakan aku, single pertama kami bukanlah boneka berjaya memenangi pentandingan battle of the band sempena konvokesyen UTM yang ke 43.
Sekarang kami sedang berehat sebentar. Masing-masing telah menamatkan pengajian dan mempunyai kerjaya masing-masing. Aku masih terus mengumpul material-material baru sebagai simpanan peribadi dan untuk g2kp. Harapan aku agar suatu hari nanti kami dapat berkumpul semula dan merekod satu demo. Amin...
Tentera-tentera g2kp :
Tukang lalak / gitar kedua : Din a.k.a Joey Ramones
Gitar letrik : Udie
Pemetik tali besar : Paan a.k.a siketam angkasa
Papan Kekunci : malee
Kaki pukul : Panjang, Iman dan Kell (silih berganti)
Tambahan perkusi : Daus, Erwanshah, atip dan shiro
*semua tentera adalah pelajar Universiti Teknologi Malaysia.
Bismillahhirahmanirrahim....
Tuesday, July 6, 2010
salam dari HATI KUSUT
Salam 1